fbpx
Now Reading
Demi Keberkatan, Pakcik Ini Jual Semua Jenis Makanan RM 1

Demi Keberkatan, Pakcik Ini Jual Semua Jenis Makanan RM 1

Demi Keberkatan, Pakcik Ini Jual Semua Jenis Makanan RM 1 1

Soalan yang biasa ditanya kepara meraka yang memilih untuk berniaga berbanding bekerja dengan orang lain, apa kah motif utama mereka berniaga ? Jawapannya mungkin berbeza, sama ada inginkan kepuasan , kebebasan dan banyak lagi.Tapi satu jawapan yang pasti sama adalah keuntungan.

Namun seorang peniaga berpangkat pakcik yang memiliki kedai di  Kampung Delima, Tumpat yang di yang dinamakan Kedai Mak Aji ini lebih selesa menjual semua makanan di kedainya dengan harga RM 1 sahaja.

Agak tidak masuk akal bukan?

Lebih-lebih lagi hidangan nya adalah seperti mi, bihun. Kuey teow sup dan bubur. Bunyinya macam tidak menguntungkan buka?

Demi Keberkatan, Pakcik Ini Jual Semua Jenis Makanan RM 1 4

Bagaimanapun bagi peniaga ini, En Zailani Ismail, harga yang ditawarkan nya ini membuatkan hasil jualan hariannya semakin meningkat malah kedainya semakin banyak menerima pelanggan baru semenjak mengenalkan konsep makanan RM 1 sebegini.

Menurut Zailani, idea konsep RM1 ini sebenarnya datang dari anak sulungnya selepas perniagaan kedai makannya  yand diusahakannya selama 20 tahun itu terjejas teruk di sebabkan masalah kesihatan yang melandanya.

“Saya mengidap kencing manis beberapa tahun dahulu yang menyebabkan dua mata buta. Selepas menjalani pembedahan, penglihatan saya pulih namun diuji pula dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu menyebabkan saya kerap keluar masuk wad.

Demi Keberkatan, Pakcik Ini Jual Semua Jenis Makanan RM 1 5

“Bermula dari situ, pendapatan saya menjadi tidak menentu kerana perniagaan terjejas teruk dan saya pula perlu menjalani rawatan hidrolisis sebanyak tiga kali seminggu,” katanya kepada BH Online.

See Also
Demi Keberkatan, Pakcik Ini Jual Semua Jenis Makanan RM 1 3

Kata Zailani, dalam sehari purata keuntungan diperoleh sekitar RM100 sehingga RM200. Ujarnya lagi, meskipun mendapat untung yang sedikit namun apa yang penting baginya adalah keberkatan.

“Setiap hari secara puratanya saya mampu memperoleh RM100 hingga RM200 keuntungan kerana turut menyediakan menu masakan panas lain dengan harga berpatutan, tapi walaupun jumlah untung itu kecil, apa yang penting bagi kami adalah keberkatan,” ujar Zailani lagi.

Semoga perniagaan pakcik Zailani terus maju, selain dari meningkatkan hasil jualan kedai nya, secara tidak langsung perniagaan kedai ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan berkualiti pada harga murah.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.