fbpx
Now Reading
“Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini” – Amyra Rosli Jawab Soal Berhijab Selepas Pulang Mengerjakan Umrah

“Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini” – Amyra Rosli Jawab Soal Berhijab Selepas Pulang Mengerjakan Umrah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres jelita Amyra Rosli memilih untuk tidak menghebahkan mengenai penampilan berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

Jelas Amyra, dia menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.

“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung.

“Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.

“Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.

“Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan,” katanya kepada Gempak.

Amyra ditemui usai program Meletop Special di Astro, Bukit Jalil malam tadi.

Tambah isteri kepada aktor Amar Baharin ini,  dia akui berasa selesa semasa mengenakan tudung.

“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah,” ujarnya lagi.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.