fbpx
Now Reading
Terhibur Melihat Reaksi Anak Yang Tak Kisah Bapanya Tertinggal Kunci Dalam Kereta

Terhibur Melihat Reaksi Anak Yang Tak Kisah Bapanya Tertinggal Kunci Dalam Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di laman twitter sebuah klip video dengan tontonan yang mencecah 1 juta memperlihatkan aksi seorang bapa yang tertinggal kunci di dalam kereta bersama anak perempuannya.

Lelaki berkenaan dikatakan sedang mencuba untuk mencapai kunci keretanya melalui ruangan tingkap yang terbuka dengan menggunakan sebatang besi selepas pintu keretanya terkunci sedangkan anaknya masih di dalam kenderaan tersebut.

Apa yang menghiburkan orang ramai ialah reaksi anaknya itu apabila si bapa terjatuhkan besi tersebut dalam usahanya mencapai kunci berkenaan, anak kecil itu cuba membantu namun yang menariknya dia  hanya menyerahkan besi yang terjatuh itu kembali dengan mukanya yang bersahaja. Walhal lebih baik sekiranya dia mengangkat kunci berkenaan.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian berkenaan namun video berasal dari Tiktok itu nyata menarik perhatian twitterjaya, ada juga yang mengatakan sebenarnya si anak mahu bapanya belajar dari kesilapan.

Boleh di lihat wajah ayahnya yang kelihatan ‘panass‘ dengan kelakuannya.

Apa yang pasti seronok tengok gelagat adik tersebut ! Hahaha

Tontoni klip video tersebut di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.