fbpx
Now Reading
Budak Basikal Lajak Ditahan Polis dan Diberi Amaran Keras

Budak Basikal Lajak Ditahan Polis dan Diberi Amaran Keras

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/Ruby_Zainal/status/1188789373027794944

Empatremaja lelaki ditahan selepas menunggang basikal lajak diubah suai tanpa kelengkapan brek di Taman Tasik Tambahan, Ampang, petang kelmarin.

Ini berikutan video yang viral di media sosial yang dimuat naik baru-baru ini oleh netizen.

Video yang memaparkan kira-kira lima hingga enam remaja itu dipercayai berlumba sambil diekori sebuah motosikal dipercayai rakan kepada sekumpulan remaja itu.

Pemandu teksi itu turut memarahi remaja terlibat kerana aksi mereka sangat berbahaya.

Rata-rata netizen menyelar tindakan sekumpulan remaja itu yang disifatkan sengaja mengundang masalah kepada pengguna jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, remaja berusia antara 11 hingga 15 tahun itu ditahan sekitar 3 hingga 5 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Mereka yang masih bersekolah ditahan dalam tugas pemantauan basikal lajak dijalankan BSPT IPD Ampang Jaya.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua basikal mereka diubah suai dan tidak mempunyai ciri keselamatan seperti tiada sistem brek yang merupakan kesalahan mengikut Kaedah 42(1)(A) LN166/59,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja berkenaan dibawa ke BSPT Ampang Jaya dan basikal mereka disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis sudah memanggil ibu bapa serta penjaga semua remaja berkenaan untuk sesi kaunseling dan amaran keras.

“Mereka dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan polis akan merujuk kes itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ini pula beberapa video kanak-kanak yang membawa basikal lajak secara merbahaya yang dimuat naik oleh netizen.

Sumber : HMetro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.