fbpx
Now Reading
Anak Sham Visa Luah Perasaan Di Twitter Buat Netizen Sebak

Anak Sham Visa Luah Perasaan Di Twitter Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penangan Gegar Vaganza, populariti Sham Visa kembali melonjak selepas hampir 15 tahun menyepikan diri dari dunia hiburan. Walau usianya menginjak 47 tahun, Sham masih kelihatan segak bergaya, sehinggakan ramai peminat memanggilnya Tony Stark Malaysia.

Namun di sebalik kemunculan semula Sham ke persada seni, masih ramai yang tidak tahu kenapa Sham Visa sebelum ini senyap dan hilang begitu sahaja.

Segalanya terjawab apabila anaknya,  Shakir Zafran  tampil berkongsi cerita mengapa bapanya menghilang menyebabkan rata-rata netizen tersentuh dengan perkongsian tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter ,Shakir menerangkan bapanya sanggup meninggalkan dunia hiburan yang merupakan kerjaya kegemaran dan minat utamanya semata-mata hanya untuk memberikan perhatian dan fokus dalam untuk membesarkan anaknya.

“Dia mengorbankan kerjayanya demi membesarkan saya, dia meninggalkan perkara yang dia paling suka dalam hidup untuk memberikan laluan buat saya.

“Saya sangat menghargai setiap jasa-jasamu daddy. Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa saya sayangkan kamu. Terima kasih atas segala-galanya,” tulisnya.

Tweet tersebut menyebabkan rata-rata netizen sebak dan tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan Sham dan anaknya. Ramai juga yang berpendaapat Shakir begitu beruntung mempunyai ayah penyayang dan bertanggungjawab seperti Sham.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.