fbpx
Now Reading
Sumber Istana Kelantan Nafi Anak Rihana Oksana Zuriat Sultan Kelantan

Sumber Istana Kelantan Nafi Anak Rihana Oksana Zuriat Sultan Kelantan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir 5 bulan menyorokkan wajah anaknya, Rihana Oksana, bekas isteri kepada Sultan Muhammad V akhirnya mengotakan janji dengan memuat naik beberapa foto wajah anaknya di akaun Instagramnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia malahan dari seluruh pelosok dunia.  Ramai dari mereka yang turut memuji kecomelan Ismail Leon dan tidak kurang juga yang mengakui wajahnya memang mirip baginda

Baca artikel berkaitan : “Hello My Name is Leon”- Rihana Oksana dedah wajah anak

Bagaimanapun dipetik dari Daily Mail, sumber yang mendakwa dari Istana Kelantan memberitahu portal berkenaan menafikan wajah Leon seiras dengan Sultan Muhammad V.

Malah sumber berkenaan turut memberitahu menggunakan gambar wajah  Leon tidak dapat membuktikan Sultan Muhammad V sebagai  bapa kandung anak tersebut,  malah kata sumber berkenaan lagi anak itu mungkin zuriat dari mana-mana lelaki Asia lain.

Selain itu tindakan Rihana menggunakan nama Petra di hujung namanya juga pada pendapat sumber berkenaan hanya untuk  meraih perhatian.

Bukan itu sahaja, laporan dari Daily Mail turut menyatakan yang sumber mendakwa baginda Sultan Muhammad V merasakan perkahwinan dengan Oksana adalah satu kesilapan malah menerangkan dakwaan yang kononnya baginda menangis  apabila mendapat perkhabaran kehamilan adalah mengarut.

Terdahulu  pada Oktober, Rihana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya. Sebelumnya Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 Juta (RM41.2juta)  berserta nafkah anak sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.