fbpx
Now Reading
Kucing Hero Selamatkan Bayi Merangkak Dari Jatuh Tangga Curam

Kucing Hero Selamatkan Bayi Merangkak Dari Jatuh Tangga Curam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai orang beranggapan anjing adalah penjaga dan dalam masa sama kawan kepada manusia, berlainan pula dengan kucing walaupun ianya dikategorikan kawan kepada manusia, kucing kurang dilihat sebagai pelindung. Mungkin kerana sifatnya yang dilihat lebih pasif dan kadangkalatidak ambil pusing dengan apa yang terjadi di sekelilingnya.

Namun tahukah anda kucing juga mempunyai ‘perasaan untuk melindungi’ juga?

Dipetik dari China Press, seekor kucing telah menjadi popular dan digelar hero kerana tindakannya menyelamatkan seorang bayi merangkak dari terjatuh tanga yang curam dan agak berbahaya

Tangga curam yang nyaris ‘memakan’ bayi tersebut.

Kejadian tersebut yang berjaya dirakam kamera litar tertutup  (CCTV) itu difaham kan berlaku pada jam 5 pagi di kawasan ruang tamu sebuah rumah pada 31 Oktober lalu.

Klip CCTV tersebut menunjukkan kucing tersebut yang pada mula nya sedang  berdiri di atas sofa sambil memerhatikan bayi tersebut bagaimanapun terus berlari melompat turun dari sofa selepas mendapati anak kecil tersebut sedang merangkak menuju ke tangga.

Ia kemudiannya bertindak menolak bayi berkenaan menggunakan tangan dan badannya dalam usaha mengelakkan bayi tersebut dari terus mara ke tangga berkenaan.

Bayi itu yang tidak berapa mengerti tindakan kucing berkenaan bagaimapun akhirnya akur dan terus mengundur.

Ini gambar kucing hero tersebut:

Hadiahkan dia makanan banyak-banyak! Dia baru sahaja menyelamatkan nyawa tuannya !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.