fbpx
Now Reading
“Terkejut tak terkata!” – Peminat Teruja Siti Sarah Datang Sekolah Bagi Semangat Duduki SPM

“Terkejut tak terkata!” – Peminat Teruja Siti Sarah Datang Sekolah Bagi Semangat Duduki SPM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B4jkIpAFrCN/https://www.instagram.com/p/B4kEUvdHxck/

Penyanyi Siti Sarah membuat kejutan istimewa kepada seorang peminat apabila hadir ke sekolahnya semata-mata untuk memberikan ucapan kata semangat bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sarah bertemu dengan peminat bertuah, Iman Alyssa Sahabudin yang merupakan calon SPM daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Menurut Sarah, kejutan tersebut dibuat selepas menerima mesej di Instagram daripada ibu Iman yang membuat permintaan khas menghasilkan video ucapan buat anaknya yang sedang menduduki SPM.

“Sarah dapat DM daripada ibu @imantroye minta buat video ucapan semoga berjaya untuk SPM. Ibu Iman screenshot Insta Story Iman yang dia ada buat cover lagu Semakin.

“Tapi Sarah betul-betul tak perasan Insta Story Iman minta ucapan itu. Maaf dik, akak tak perasan, Jadi, alang-alang ada kelapangan masa hari ini, Sarah ajak team pergi sekolah Iman wish good luck terus depan-depan,” tulisnya di Instagram.

Ternyata, kunjungan Sarah ke sekolah tersebut yang dirancang bersama ibu kepada peminatnya itu memberikan kenangan manis buat Iman.

“Sangat terkejut dan tak terkata. Kak Sarah datang hanya untuk beri ucapan untuk SPM (siap dengan belon).

“Dengan jadual kerja yang sibuk, dia sanggup datang untuk saya. Manalah Iman tak sebak. You made my day kakak,” kata Iman yang turut berkongsi momen istimewa tersebut di Instagram.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.