fbpx
Now Reading
‘Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain’ – Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Seorang Bapa Tak Mampu Abadikan Gambar Konvo Anak RM 20

‘Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain’ – Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Seorang Bapa Tak Mampu Abadikan Gambar Konvo Anak RM 20

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki Allah itu luas tapi berbeza untuk setiap manusia, ada orang yang dikurniakan tubuh badan yang sehat tanpa sebarang penyakit, ada juga yang dikurniakan rezeki wang ringgit, ada  ada juga yang mereka yang dikurniakan rezeki  yang tidak seberapa.

Seorang pengguna Twitter,  Irwan baru-baru ini telah berkongsi satu kisah sayu  yang berlaku di hadapan matanya apabila kemahuan seorang kanak-kanak untuk mengabadikan gambar konvo pra-perekolahannya tidak mampu dipenuhi oleh bapanya  yang kurang berkemampuan.

Ingin bergambar lepas konvo

Terdengar seseorang tanya pakej paling murah, namun berlalu pergi selepas diberitahu harganya

Tergerak hati untuk mengikuti lelaki berkenaan bersama anaknya, Irwan tanpa sengaja terdengar perbulan sayu di antara mereka, apa yang pasti si ayah tidak membawa wang yang cukup untuk membayarnya.

Tanpa berfikir panjang Irwan terus mencapai tangan anak kecil berkenaan dan mengajaknya untuk mengambil gambar bersama.

Usai mengambil gambar, lelaki berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Irwan atas tindakan murninya membayarkan gambar konvo anaknya. Dia juga dalam masa sama cuba untuk menerangkan sesuatu kepada Irwan namun irwan terus menyatakan tak mengapa. Dia juga pernah merasai susah sebelum ini. Ucapannya membuatkan lelaki berkenaan terus memeluknya dan menangis.

Tindakan murni lelaki ini mendapat pujian netizen, ramai juga yang memuji anak berkenaan yang memahami keadaan bapanya tanpa langsung membantah.

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.