fbpx
Now Reading
Lelaki Marlboro Mati Pada Usia 90 Tahun Bukan Akibat Rokok, Malah Tak Pernah Merokok

Lelaki Marlboro Mati Pada Usia 90 Tahun Bukan Akibat Rokok, Malah Tak Pernah Merokok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Robert Norris adalah lelaki Marlboro pertama dan model asal rokok rokok keluaran syarikat Philip Morris International Inc selama 12 tahun dan sinonim dengan gelaran ‘Marlboro Man’.

Lelaki ini pernah menjadi penyeri kotak rokok terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Marlboro meninggal dunia pada 3 November lalu di usia 90 tahun.

Namun, siapa sangka bahawa ‘Lelaki Malboro’ ini tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.

Meskipun menerima bayaran lumayan, Norris memutuskan untuk menamatkan kontrak sebagai lelaki Marlboro kerana menyedari tabiat merokok amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Malah, turut menasihati empat anaknya supaya menjauhi tabiat buruk berkenaan.

Lima lelaki lain yang pernah menjadi lelaki Marlboro kesemua mereka meninggal dunia akibat kanser berpunca daripada tabiat merokok yang kronik.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/09/30/lelaki-ini-sembur-pemadam-api-kepada-perokok-yang-merokok-di-restorannya/

Terkenal dengan imej topi koboi, wajahnya turut terpampang di dada akhbar, majalah dan papan iklan di seluruh dunia.

Norris membuat kemunculan pertama pada 1954 dan membintangi ratusan iklan rokok berkenaan di AS dan Eropah sebelum ia diharamkan di kaca televisyen pada tahun 70-an.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.