fbpx
Now Reading
Hotel Termurah Di Jepun Ini Hanya Caj RM 5 Per Malam Tapi Ada Syaratnya

Hotel Termurah Di Jepun Ini Hanya Caj RM 5 Per Malam Tapi Ada Syaratnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua yang gemar melancong pasti tahu Jepun adalah satu destinasi di Asia yang menarik dan patut dikunjungi. Negara yang  kaya dengan  budi bahasa dan kesantunan ini bagaimanapun agak mahal untuk dikunjungi memandangkan nilai matawangnya yang tinggi. Hotelnya sahaja sudah mencecah RM 300 sehari lagi-lagi di kawasan bandar.

Namun tahukah anda, terdapat sebuah hotel di Fukuoka yang mengenakan caj tidak masuk akal iaitu hanya ¥130 (RM 5) untuk satu malam, untuk sebuah bilik di hotel mereka? Ya hanya satu bilik dari semua-semua bilik yang mereka ada

Foto : Soranews24
Foto : Soranews24

Dan yang menariknya itu bukan harga promosi hari biasa tapi sebaliknya boleh diguna pakai hari cuti juga hujung minggu. Malah kelengkapan didalam bilik itu juga lengkap, seperti tilam lipat,tikar, meja rendah, TV, cerek elektrik ,air cond dan heater (berbayar)

Foto : Soranews24
Turut dilengkapi aircond/heater dengan bayaran ¥100 setiap 2 jam. Foto : Soranews24

Macam tak percaya kan? Ada hantu ke?

Tak, cuma syarat mereka adalah segala aktiviti anda didalam bilik itu akan dirakam dan pihak hotel akan menstrimkan video tersebut Live ke Youtube. Anda juga sama sekali tidak dibenarkan berbogel di dalam bilik tersebut . Mestilah kan??

Foto : Soranews24

Untuk tandas pula, anda tak perlu khuatir kerana ianya terletak di luar bilik; sama seperti hotel-hotel murah di Jepun yang lain.

Ini bayangan keadaan anda yang dirakam dan di strim live di Youtube :

Foto : Soranews24
Foto : Soranews24

Dipetik dari SoraNews, punca sebenar bilik ini murah adalah kerana bilik ini adalah satu-satunya bilik di hotel ini yang kurang diduduki. Jadi bagi mengelakkan kerugian, pemilik hotel berkeputusan untuk menurukkan harganya dan dalam masa yang sama mencipta kelainan supaya hotel mereka viral dan dikenali ramai.

Informasi hotel :

Business Ryokan Asahi / ビジネス旅館あさひ
Address: Fukuoka-ken, Fukuoka-shi, Chuo-ku, Kiyokawa 2-6-2
Check-in 3 p.m.
Check-out 11 a.m.
Telephone: 092-524-1200

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.