fbpx
Now Reading
Chef Wan Senaraikan 5 Selebriti Tempatan Kegemarannya, Dan Fazura No 1

Chef Wan Senaraikan 5 Selebriti Tempatan Kegemarannya, Dan Fazura No 1

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat dunia hiburan, pasti mengujakan kalau dapat tahu siapa selebriti tempatan yang menjadi kegemaran kepada selebriti pujaan korang kan?

Baru-baru ini Chef Wan telah di jemput untuk menyertai Fify Azmi dan Hydar di satu temubual santai ‘Podcast Malam Jumaat‘ untuk bercerita serba ringkas tentang dirinya, pengalaman masa lalunya serta perkembangan terbaru beliau.

Ternyata temubual santai itu menarik dan menghiburan dek kerana jawapan ‘selamber’ dan spontan yang keluar dari mulut chef terkemuka Malaysia itu saat di ajukan soalan-soalan deep dari Fify dan Hydar.

Selain dari itu, Chef Wan sebagai seorang chef celebriti, dia turut ditanyakan siapakah 5 selebriti kegemarannya dalam negara. Mesti susah nak cakap kan??

Tapi ternyata tanpa teragak-agak Chef Wan memilih Fazura sebagai pilihan pertamanya kerana kecantikan dan karakternya yang sweet di mata Chef Wan

Selain itu beliau turut menyebut 4 lagi nama iaitu Umie Aida kerana lakonannya yang mantap, Raja Azura atas kepetahannya semasa mengacara , Oggy Ahmad Daud juga kerana lakonannya dan Dato Siti Nurhaliza kerana kehebatan nyanyiannya.

Menyedari yang semuanya wanita Hydar bertanya bagaimana pula dengan lelaki. Chef Wan kemudian menyenaraikan tiga nama iaitu Zul Ariffin, suami Fazura iaitu Fattah Amin dan juga Dato’ Jalaluddin Hassan .

Tonton video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.