fbpx
Now Reading
Pemandu Teksi Lupa Bagi Signal Punca Satay Berterabur Atas Jalan

Pemandu Teksi Lupa Bagi Signal Punca Satay Berterabur Atas Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika terasa lapar di rumah dan malas keluar, mesti anda akan membuat pesanan makanan menggunalan Grab Food atau Food Panda. Ini kerana makanan akan dihantar lebih cepat terus ke pintu rumah anda.

Tetapi, ramai yang masih lagi tidak sedar, betapa bahaya dan berisikonya pekerjaan sebagai seorang rider kepada sesebuah perkhidmatan. Perkara ini telah dialami sendiri oleh pemilik sebuah kedai makan, apabila salah seorang rider ataupun runner mereka terlibat dalam kemalangan tempoh hari.

Kejadian tersebut telah dikongsikan sendiri melalui laman Facebook rasmi mereka. Jelasnya melalui posting itu, kemalangan tersebut terjadi akibat kecuaian seorang pemandu teksi, yang tidak berikan isyarat untuk bertukar ke simpang lain.

Menurutnya lagi, runner berkenaan telah dimasukkan ke HUKM dan berkemungkinan patah kaki akibat kemalangan terbabit. Orang ramai dimohon untuk mendoakannya supaya cepat sembuh dan tiada kecederaan yang serius berlaku kepadanya.

Kejadian yang menimpa runner John Satay ini, telah mengundang perasaan sebak dan sedih dalam jiwa warga Facebook. Ramai yang menyatakan pendapat bahawa golongan ini sering dipersalahkan dan ditindas jika berlaku kecelakaan terhadap diri mereka.

Untuk anda yang memandu kereta, tolonglah jangan lupa bagi signal dan ingat tentang nyawa orang lain juga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.