fbpx
Now Reading
Kajian Mendapati Lelaki Stress Jika Gajinya Kurang Daripada Gaji Wanita

Kajian Mendapati Lelaki Stress Jika Gajinya Kurang Daripada Gaji Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2469368496686341

Tahukah anda, terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh SAGE Journal dimana suami akan berasa sangat stress dan tertekan andai isteri mempunyai pendapatan gaji melebihi pendapatannya?

Walaupun secara asasnya, suami perlu bekerja bagi menyara keluarga, namun ada juga si isteri yang mencari pendapatan bersama demi sesuap nasi.

lelaki sangat stress jika gaji wanita lebih banyak daripada gajinya - kajian

Kajian tersebut juga menunjukkan suami akan kurang stress jika isteri bekerja dan pendapatan mereka dalam 40% keseluruhan pendapatan keluarga. Misalnya, gaji suami RM3,000 manakala gaji isteri RM2,000.

Walaubagaimana pun, suami akan berasa kurang selesa andai pendapatan isteri lebih daripada 40% gajinya. Misalnya, gaji suami RM3,000 dan gaji isteri juga RM3,000.

Keadaan bertambah gelisah dan tertekan jika seluruh pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan si isteri.

Dan ini menjadi punca mungkin kenapa lelaki kurang gemar mencari pasangan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada mereka.

Menjengah ke ruang komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan kajian tersebut. Malah ada yang memberikan contoh mengikut pengalaman mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.