fbpx
Now Reading
Perkongsian Imam Muda Asyraf Mengenai Masjid Cordoba Yang Kini Bergelar Cathedral Buat Netizen Sebak

Perkongsian Imam Muda Asyraf Mengenai Masjid Cordoba Yang Kini Bergelar Cathedral Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5I0dmrAG7i/

Perkongsian Imam Muda Asyraf yang ketika ini berada di Sepanyol mengenai Masjid Cordoba yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba di Instagramnya menarik perhatian netizen.

Menerusi ruangan kapsyen, pendakwah bebas itu menjelaskan kejatuhan masjid ini  hingga bertukar menjadi sebuah gereja merupakan lambang kejatuhan kegemilangan hampir 800 tahun kerajaan Islam Andalus pada suatu masa dahulu.

“Masjid yg suatu ketika dulu merupakan masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram ini, kini bertukar menjadi Cathedral

“Basahnya hujan mengiringi air mata yang terjurai mengenang kejatuhan kegemilangan 800 tahun Kerajaan Islam Andalus” tulisnya sebagai kapsyen.

Beliau terus menjelaskan, masjid ini juga pernah menjadi pusat tamadun ketika zaman gelap di eropah.

“Masjid Cordova ini bagaikan bunga yang menerangi di tengah kegelapan Eropah. Ketika hampir 400,000 manusia seluruh dunia keluar masuk menuju hampir 75 perpustakaan sekitar kota ini utk menggali tamadun Ilmu disini. Sedangkan Eropah sedang bergelap tanpa lampu menerangi.

Sungguh perkataan yang pedih didengari sewaktu melangkah masuk kedalam Masjid Cordova ini ialah ‘Anda tak perlu membuka kasut untuk memasuki bangunan ini’ – Imam Muda Asyraf

Masjid Cordoba yang kini menjadi Cathedral ini terletak di bandar Cordoba yang suatu masa dahulunya adalah pusat pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787. Bangunan ini turut mendapat pengiktiran UNESCO pada 1994 sebagai salah satu tempat peninggalam sejarah yang penting di dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.