fbpx
Now Reading
Bandar Arendelle Dalam Frozen Betul-Betul Wujud, Menakjubkan!

Bandar Arendelle Dalam Frozen Betul-Betul Wujud, Menakjubkan!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem Animasi Frozen yang penah menjadi fenomena kini kembali dengan Frozen 2. Cerita yang lebih menakjubkan dan yang pasti dengan plot yang lebih menarik.

Namun bukan itu yang ingin penulis ceritakan disini, buat semua peminat Frozen pasti familiar dengan kerajaaan Arendelle yang diwarisi Elsa dan Anna oleh ibu bapa mereka kan?

Arendelle sebuah kerajaan cantik yang terkenal dan digambarkan sebagai bandar pelabuhan terkenal dalam Frozen sebenarnya bukan sekadar bandar fantasi tapi sebenarnya di ambil sempena nama sebuah bandar yang benar-benar wujud dan terkenal yang terletak di Norway iaitu Arendal; bandar yang pernah menjadi lokasi perlabuhan terbesar di Norway suatu masa dahulu.

Bandar yang terletak di barat daya Norway ini membawa maksud lembah helang. Yang menariknya penduduk Arendelle dan Arendel menjalankan aktiviti yang sama iaitu pembuatan kapal, perdagangan kayu dan perlombongan besi

Bentuk arkitektur,lanskap dan pelabuhan Arendelle banyak menyamai Bandar Bergen

Selain dari itu istana yang didiami Elsa dan Anna juga diinspirasi dari sebuah gereja kayu yang terletak di sebuah bandar di Norway  yang dipanggil Bergund Stave Church manakala keadaan dan rupa bentuk rumah di Arendelle kelihatan sama dengan keadaan rumah di Bergen, sebuah bandar  yang mendapat pengikitifran UNESCO sebagai bandar warisan.

Cerita Frozen Banyak berkait pasal Norway kan? Sebagai bonus terdapat juga seorang wanita dari Norway bernama Linda yang dikaitkan dengan rupa seakan Elsa. Yang menariknya dia juga berasal dari Arendal! Wow! Menarik kan? Haha

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.