fbpx
Now Reading
Da’i Farhan Dedah Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua

Da’i Farhan Dedah Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua

Da’i Farhan Dedah Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua 1

Kisah Da’i Farhan hangat diperkatakan selepas pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan. Terbaru Da’i  Farhan atau nama betulnya Nik Ahmad Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun dia terpaksa menolak semua pelawaan kerana tiada keperluan untuk berkahwin lagi.

Dipetik dari mStar Da’i Farhan bagaimapun menyatakan yang dia tidak mampu untuk menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke-19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya selepas mereka disatukan di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

“Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

“Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenan kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,” katanya kepada portal berkenaan.

Da’i Farhan Dedah Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua 3

Pendedahan Juara Da’i musim kedua itu menikahi seorang janda anak lappan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kecaman netizen kerana didakwa ianya berlansung tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Baca artikel berkaitan: Dai Farhan buat report polis, saman kawan isteri pertama

See Also
Da’i Farhan Dedah Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua 2

Dia bagaimanapun menegaskan isteri pertamanya seorang yang berfikiran terbuka mengenai isu berpoligami kerana sebelum ini isterinya pernah meminta Da’i Nik Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

“Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian – Da’i Farhan

Difahamkan isteri kedua Da’i Farhan merupakan seorang doktor dan juga seorang  usahawan

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.