fbpx
Now Reading
Anda Bakal Dikenakan Hukuman Jika Salah Guna Kemudahan OKU

Anda Bakal Dikenakan Hukuman Jika Salah Guna Kemudahan OKU

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu salah guna kemudahan Orang Kurang Upaya bukanlah satu yang biasa,mereka umpama dibuli oleh mereka yang cukup sifat luaran dan dalamannya.

Laluan pejalan kaki, tandas, petak tempat letak kereta dan juga beberapa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan perjalanan OKU sering sahaja disalah guna oleh orang yang cukup sifat.

Situasi ini jelas tidak menggambarkan sikap prihatin mereka kepada golongan OKU yang lebih memerlukan, lapor Berita Harian.

Justeru, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan satu undang-undang bagi menghukum golongan yang menggunakan kemudahan OKU sewenang-wenangnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail kepada Berita Harian bahawa undang-undang ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya untuk menghormati kemudahan yang disediakan untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Pindaan ini akan melibatkan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang bukan sahaja akan merangkumi hukuman tetapi satu undang-undang bagi pemilik bangunan mematuhi keperluan untuk OKU.

Tambah beliau lagi, penguatkuasaan ini dilakukan bagi membela hak OKU dan memberi kemudahan yang secukupnya untuk mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.