fbpx

“Dah masanya andai ustaz pun ambil iktibar…” -Kesetiaan Edika Yusof Kepada Isteri Lumpuh Patut Dijadikan Contoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang pendakwah bergelar Da’i yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan janda beranak lapan walaupun isteri pertamanya sedang sarat hamil.

Malah video dirinya ditemu ramah oleh wartawan mengenai perkara tersebut juga mendapat kecaman daripada netizen.

Dai tersebut juga dikatakan telah menceraikan isteri pertamanya melalui Whatsapp.

Perkara tersebut secara tidak langsung mewujudkan perbandingan antara pendakwah itu dengan bekas model dan pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri sejak 14 tahun lalu akibat lumpuh.

Seorang pengguna Facebook, Arda berkongsi sebuah posting mengenai pengorbanan lelaki berusia 52 tahun itu yang meletakkan kesetiaan sebagai perkara utama dalam kehidupan rumah tangga tanpa mencari ‘orang baru’.


Kata-kata Edika mengenai perkahwinan turut menarik perhatian penulis.

Posting tersebut dikongsi lebih 14,000 kali dan mendapat 17,000 tanda suka dalam kalangan warga maya dimana rata-rata turut kagum dengan kecekalan serta kesabaran pelakon terbabit.

Video mengenai kisah mereka juga telah banyak dikongsikan sebelum ini di media sosial.

Sumber : Facebook

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.