fbpx
Now Reading
“Apa-apa yang Mama tak redha, kamu tak akan kemana” – Adik Da’i Farhan Luah Rasa Kecewa

“Apa-apa yang Mama tak redha, kamu tak akan kemana” – Adik Da’i Farhan Luah Rasa Kecewa

"Apa-apa yang Mama tak redha, kamu tak akan kemana" - Adik Da'i Farhan Luah Rasa Kecewa 1

Rasa kecewa kerana diblock dan diunfriend oleh abang sendiri, adik perempuan kepada pendakwah bebas yang sedang tular Da’i Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain pada 3 Disember.

"Apa-apa yang Mama tak redha, kamu tak akan kemana" - Adik Da'i Farhan Luah Rasa Kecewa 3

Nik Fatma menulis luahan tersebut di Facebook miliknya beserta gambar dirinya bersama akak iparnya.

"Apa-apa yang Mama tak redha, kamu tak akan kemana" - Adik Da'i Farhan Luah Rasa Kecewa 4



“Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.

“Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.

“Sudah beberapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu sokong emosi beliau, datang ke rumahnya sewaktu suami beliau tiada, dengar luahannya dan lain-lain lagi.

“Saya tahu keputusan ini berat untuknya terima tetapi dia kuat dan reda,” tulisnya di Facebook.

Nik Fatma turut memberikan bayangan seolah-olah mereka sekeluarga tidak merestui tindakan drastiknya menceraikan Fatin.

“Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak reda, kamu tidak akan ke mana. Menyesal kemudian tiada guna.

“Untuk ‘wanita’ yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu,” tambahnya.

Malah, Nik Fatma juga memohon doa orang ramai agar abangnya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.

“Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

“Kak Fatin, kami ada bersama. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putuskan semuanya nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini tular kisah peribadi Da’i Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

Pendedahan pernah dilamar oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

See Also
"Apa-apa yang Mama tak redha, kamu tak akan kemana" - Adik Da'i Farhan Luah Rasa Kecewa 2

BACA :Dai farhan dedah tolak 18 wanita ingin jadi isteri kedua

Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember.

BACA : “Dai farhan sudah menceraikan isteri pertamanya”,-Dakwa-seorang-peguam

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.