fbpx
Now Reading
Kreatif! 2 Lelaki Ubahsuai Motor Redah Banjir

Kreatif! 2 Lelaki Ubahsuai Motor Redah Banjir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang tahu Kelantan dan Terengganu baru sahaja pulih dari banjir teruk namun keadaan ini mungkin tidak lama kerana gelombang kedua dijangka melanda  kembali pada penghujung bulan ini

Ini disebabkan musim tengkujuh ekoran dari Monsun Timur Laut yang baru bermula pada hujung Oktober lalu.  Bukan sahaja penempatan ditenggelami air, malahan penggangkutan darat juga  lansung tidak boleh digunakan.

Namun dua anak muda dari Terengganu ini membuktikan sebaliknya, dengan mengubahsuai motorsikal mereka  sehingga ianya mampu meredah banjir dengan begitu kreatif.

Dua beradik ini iaitu Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan Muhammad Zakaria, 22 tahun, berjaya dalam pengubahsuaian motorsikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70, sehingga ia boleh meredah banjir yang melepasi paras dada

Yang hebatnya, mereka hanya memerlukan 2 jam untuk menyiapkan pelbagai proses modifikasi tersebut, hanya dengan menggunakan botol plastik yang diubahsuai sebagai tanki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor

Selain itu mereka juga mengubahsuai paip ekzos sedia anda dengan paip ekzos yang lebih tinggi.

Kreatif bukan? Apa kata tengok video mengenai dua beradik ini yang telah dikongsikan oleh Bernama di Youtube mereka :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.