fbpx
Now Reading
“Lagu Negaraku Tidak Boleh Di Ubah” – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong

“Lagu Negaraku Tidak Boleh Di Ubah” – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Heboh media sosial harini selepas viralnya video sekumpulan kanak-kanak di dalam bilik darjah sebuah sekolah dilihat menyanyikan lagu negaraku dalam bahasa mandarin.

Dipetik dari Sinar Harian, Felo Utama Insitut Kajian Etnik (KITA)  Universiti Kebangsaan  Malaysia(UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Lagu Negaraku tidak boleh diubah kerana ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968

Beliau turut berkata yang Lagu Negaraku yang menjadi lagu rasmi kebangsaaan juga tidak boleh dipersendakan dalam apa jua bentuk

Lagu Negaraku Tidak Boleh Di Ubah –

“Lagu Negaraku adalah simbol penting kedaulatan negara dan ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Ia diwartakan sedemikian rupa dan sama sekali tidak boleh diubah hatta lirik dan melodinya oleh mana- mana pihak,” katanya.

Viral pula pagi ni video lagu kebangsaan dinyanyikan di dalam Bahasa Mandarin di sebuah sekolah.Kita tak ada masalah pun dengan Bahasa Mandarin untuk diajarkan dan digunakan di Malaysia seperti yang dijamin dan termaktub di bawah Perkara 152 dalam Perlembagaan."Perkara 152. Bahasa kebangsaan.(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:Dengan syarat bahawa-(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud RASMI), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan "Tapi kot ya pun berpada-padalah..UPDATE: Video dirakam pada 26 September 2018 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Ma Hwa Kampung Baru Rasah, Serembandengan alasan untuk menjadikan pelajar lebih memahami maksud lagu kebangsaan Malaysia.

Posted by Khairul Azri on Thursday, 5 December 2019

Mengulas lanjut mengenai klip viral itu lagi.  Kok Seong berkata, sekiranya ia benar, ianya perlu disiasat pihak berkuasa kerana perkata itu adalah anti nasional dan tidak sepatutnya berlaku.

“Tindakan ini adalah anti nasional, bertentangan dengan kepentingan negara, iaitu lagu kebangsaan itu sendiri. Seakan ada penentangan dengan menukar lirik ke bahasa lain. Ini tidak sepatutnya berlaku

“Mereka yang berfikiran waras tidak akan sesekali menterjemahkan lagu kebangsaan itu yang asalnya adalah dalam bahasa Melayu,” katanya kepada portal berkenaan lagi.

Terbaru Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menegaskan siasatan terperinci sedang dijalankan kerana kejadian itu didakwa berlaku di beberapa sekolah lain.

Bagaimanapun lokasi sekolah tersebut tidak diketahui.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.