fbpx
Now Reading
Kalahkan Pelakon Thailand Mario Maurer, Jihan Muse Buktikan Berhijab Bukan Penghalang Kejayaan

Kalahkan Pelakon Thailand Mario Maurer, Jihan Muse Buktikan Berhijab Bukan Penghalang Kejayaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5wnwdbAXsn/

“Saya tak tahu nak gambarkan perasaan ini macam mana apabila mendapat tahu Keluarga Bahadon menang Program Komedi Terbaik dan saya pula menang dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik.

Pelakon dan pengacara Jihan Muse memberitahu masih terkejut dengan kemenangannya di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019, yang berlangsung di Singapura.

Apatah lagi apabila mendapat tahu saingannya dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik bukan calang-calang.

“Rasa dia tu macam atlit menang yang mengharumkan nama negara. Tapi dalam masa sama saya bayangkan kalau saya pergi apa yang saya akan cakap masa ambil anugerah tu.

“Dan macam mana agaknya penerimaan mereka. Sebab saya ada tengok video ketika nama pelakon Thailand Mario Maurer disebut, semua orang bersorak.

“Tapi lepas nama saya yang diumumkan, pengarah Keluarga Bahadon Syed Fariz yang ambilkan anugerah bagitahu saya, semua orang macam tercari-cari siapa Jihan Muse.

“Mungkin kerana penampilan saya (berhijab) yang berbeza berbanding yang lain dan membuatkan mereka nak tahu siapa Jihan Muse tu,” katanya ketawa.

Tambah Jihan, kemenangan tersebut turut membuktikan penampilan (berhijab) bukan faktor untuk tidak menonjol dalam kerjaya seni dan mencuba pelbagai benda.

“Saya rasa bangga dan seronok kerana dalam masa sama ia perkara yang positif disamping membuktikan imej bertudung tidak menghalang kita untuk explore macam-macam benda,” katanya positif.

Dalam pada itu, dari segi kerjaya Jihan menganggap kemenangannya sebagai satu pencapaian terbesar dalam kariernya sepanjang bergelar anak seni.

“Syukur kepada Allah kerana rezeki ini dan sudah tentu kemenangan ini akan dijadikan pembakar semangat untuk saya terus memberikan yang terbaik dalam karier seni saya,” katanya lagi.

Selain Jihan Muse Keluarga Bahadon turut dibintangi Remy Ishak, Khir Rahman, Sabri Yunus, Namron, Sharifah Aleysha, Mark Adam, Melissa Campbell, dan Susan Lankester.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.