fbpx
Now Reading
Kerana Keychain Berbentuk Peluru, Wanita Ini Ditahan di Imigresen

Kerana Keychain Berbentuk Peluru, Wanita Ini Ditahan di Imigresen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum kita mahu melancong, sudah semestinya kita akan memastikan segala dokumen dan perjalanan percutian lancar dan tidak melanggar undang-undang untuk masuk ke negara lain.

Namun, kadang-kadang masih ada beberapa perkara yang kita mungkin terlepas pandang ketika masuk ke negara lain.

Pengguna Facebook Yann Ahmad ini di group Backpackers Buddies Malaysia berkongsi pengalaman ditahan imigresen hanya kerana keychain.

Anda tidak salah lihat, memang betul keychain. Siapa sangka, benda kecil begini boleh menyebabkan anda ditahan. Menerusi perkongsian tersebut, beliau tidak perasan pada beg beliau terdapat keychain berbentuk peluru dan disebabkan itu beliau ditahan ketika transit di Qatar.

200016910c2e25fd2daf4ba95b317e60

Kemudian, pasport beliau diambil dan diberikan kepada pegawai bertugas. Beliau berasa takut saat itu dan mungkin akan menganggap beliau sebagai seorang pengganas kerana keychain tersebut.

Beliau dibenarkan untuk meneruskan perjalanan tetapi ketika di imigresen sebelum boarding ke Qatar ke Heathrow, sekali lagi beliau diperiksa oleh pihak imigresen. Beliau berasa lega kerana berjaya melepasi tetapi masih sedikit risau jika tiba di Heathrow dan ditahan lagi.

Selepas tiba, beliau lepasi pihak imigresen dengan lancar. Pastinya perkongsian ini dapat memberikan peringatan kepada anda untuk tidak membawa barangan yang ‘pelik’ ketika ingin melancong.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.