fbpx
Now Reading
Azmin Ali, Aliff Aziz dan Resepi Asam Pedas Melaka Antara Yang Paling Dicari di Google Tahun 2019

Azmin Ali, Aliff Aziz dan Resepi Asam Pedas Melaka Antara Yang Paling Dicari di Google Tahun 2019

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang semestinya akan menggunakan kaedah carian di Google untuk mengetahui sesuatu berita atau perkara. Namun, anda pernah terfikir tak siapakah orang di Malaysia yang paling dicari pada tahun 2019?

Google telah menyenaraikan 10 individu yang paling dicari oleh rakyat Malaysia. 

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna bernama Hilal Azmi telah berkongsi senarai tersebut dan selebriti dari Indonesia Vannesa Angel menduduki tempat pertama. 

Nama Vanesaa, 27, menjadi sebutan ramai sekitar awal tahun 2019 kerana terbabit dalam sindiket pelacuran atas talian dan telah ditangkap di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia. 

Beberapa nama selebriti tempatan turun tersenarai iaitu pelakon Emma Maembong di tangga ketiga, Aliff Aziz di tangga keempat manakala aktor kacak Ben Amir berada di kedudukan keenam. 

Tahun 2019 turut menyaksikan pelbagai kontroversi antaranya video lucah yang dikatakan mirip seorang menteri dan bekas pembantunya. 

Kontroversi itu meletakkan Azmin Ali berada di tangga kedua paling dicari dan bekas pembantunya Haziq Aziz di kedudukan ke-9. 

Terdahulu, tiada ahli-ahli politik dalam senarai individu paling dicari pada tahun 2016 dan 2017. 

Namun, bekas perdana menteri Najib Razak mendahului senarai personaliti paling dicari pada tahun 2018. 

Selain itu, PU Abu Sufyan yang terpalit kontroversi rumah tangganya berada di kedudukan terakhir.

Malah terdapat juga resepi yang paling dicari pada tahun 2019 dan menunjukkan Resepi Asam Pedas Melaka manakala Resepi Daging Masak Hitam di tempat kedua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.