fbpx
Now Reading
Berat Badan Susut, Buatkan Adeline Tsen Lebih Yakin Memakai Baju Seksi

Berat Badan Susut, Buatkan Adeline Tsen Lebih Yakin Memakai Baju Seksi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sering dikecam netizen berdasarkan pakaian hariannya yang disifatkan seksi, Pelakon Adeline Tsen,33 punyai alasan tersendiri.

“Mungkin sekarang berat badan saya sudah banyak susut jadi membuatkan saya lebih yakin untuk memakai baju seksi untuk menghadiri majlis.

“Lagipun saya tak nak nampak tua. Ramai yang tak sangka saya sudah menjengah usia 30-an kalau melihatkan penampilan saya ini.

“Saya pun tak adalah nak pakai terlampau seksi sebab saya masih menghormati majlis dan ikut tema yang ditetapkan.

“Sama seperti di media sosial, saya pun berpada-pada kalau nak muat naik gambar sendiri,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai kecaman netizen, kata Adeline dia sudah lali dan enggan mengambil pusing komen-komen negatif.

“Tak kisahlah apa orang nak kata sebab ayah saya tahu yang anaknya ini masih orang yang sama.

“Jangan menilai luaran tetapi kenal dulu dengan lebih mendalam.

“Jika ada komen yang melampau di media sosial, saya block saja. Lagipun, Instagram sekarang sudah boleh kawal komen-komen netizen,” tambahnya.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.