fbpx
Now Reading
Tak Kisah Di Cop Takut Bini Kerana Jarang Lepak, Kisah Lelaki Ini Dapat 13k Share

Tak Kisah Di Cop Takut Bini Kerana Jarang Lepak, Kisah Lelaki Ini Dapat 13k Share

Tak Kisah Di Cop Takut Bini Kerana Jarang Lepak, Kisah Lelaki Ini Dapat 13k Share 1

Pasti ramai bersetuju kalau penulis katakan yang kehidupan selepas berkahwin agak mencabar emosi dan mental masing-masing. Bukan sahaja dari segi kewangan, malahan semuanya memerlukan perkongsian.

Sebelum ini tinggal berasingan, kini apabila sudah sebumbung barulah kita dapat mengenali sepenuhnya hati budi dan perangai pasangan. Segala aktiviti dan sikapnya juga baru kini dapat diketahui dengan lebih mendalam.

Bayangkan kalau dapat suami yang 24 jam main telepon atau suami yang memanjang suka melepak, konfem perang bukan??

Di Facebook, seorang lelaki, Ashman Mat Saleh menarik perhatian ramai apabila perkongsiannya yang tidak kisah dicop ‘takut bini’ apabila tidak lagi keluar melepak selepas mendirikan rumahtangga.

Yelah, ayat tu pasti kedengaran buat kaum lelaki yang baru sahaja mendirikan rumahtangga kan? lagi-lagi bila mereka seakan ‘hilang’ dari radar rakan-rakan.

Jelasnya lagi, apa yang lebih penting padanya kini ialah menghabiskan masa berkualiti bersama isteri dan anak berbanding dengan rakan terutamanya pada hujung minggu memandangkan rutin harian yang memerlukan dia bekerja dari pagi ke malam setiap hari pada hari bekerja.

Tak Kisah Di Cop Takut Bini Kerana Jarang Lepak, Kisah Lelaki Ini Dapat 13k Share 3

Jarang lepak sebab takut bini?

F A M I L Y

Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita. Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya.
Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa-apa pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku.

Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja. Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit.

Bila hujung minggu kadang-kadang tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia. Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah.
Bawa mereka jalan-jalan.

Tak Kisah Di Cop Takut Bini Kerana Jarang Lepak, Kisah Lelaki Ini Dapat 13k Share 4

Tanggungjawab bila dah berkahwin, jangan abaikan mereka(keluarga)

See Also
Cukup-Cukuplah Dengan Remy - Mira Filzah 2

Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri.

Kadang-kadang orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI. Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang-orang tu yang datang membantu. Keluarga kita, kita tahu apa kita buat.

Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance. Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin. Jangan abaikan mereka.

Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin. Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab. Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur.

Hargailah mereka.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.