fbpx
Now Reading
Bukan Untuk Menunjuk, Youtuber Hadiah RM10,000 Kepada Ibu Mahu Jadi Inspirasi

Bukan Untuk Menunjuk, Youtuber Hadiah RM10,000 Kepada Ibu Mahu Jadi Inspirasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu video yang dimuat naik oleh seorang Youtuber terkenal Cupcake Aisyah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya sebak. Aisyah yang hanya berumur 19 tahun memberikan kejutan dengan memberikan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada ibunya.

Membuat kejutan dengan bermain cabaran What’s in The Box, Aisyah menghadiahkan wang tunai RM10,000 pada ibunya yang tercinta. Pada awalnya, Aisyah bermain cabarang tersebut dengan meletakkan beberapa jenis barang lain, antaranya sepotong kek, slime dan cacing.

Ternyata cabaran terakhir ibunya terus sebak dan mula menangis apabila Aisyah memberitahu wang tunai itu adalah hadiah untuknya.

Di akhir video, YouTuber itu sempat berkata dimana dia berharap video itu dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak untuk memberikan sesuatu kepada ibu bapa masing-masing.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak dapt menahan sebak melihat reaksi ibu Aisyah. Malah ramai netizen berharap dapat membanggakan ibu bapa mereka dan menghadiahkan sesuatu kepada ibu bapa.

Diharap perkongsian gadis muda ini dapat memberi inspirasi kepada mereka diluar sana untuk terus berbakti kepada ibu bapa. Bagi apa yang kita mampu je, mereka mesti akan terima dengan ikhlas!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.