fbpx
Now Reading
Tabiat Tidur Lewat Selepas Jam 11 Malam Akan Buat Anda Cepat Tua

Tabiat Tidur Lewat Selepas Jam 11 Malam Akan Buat Anda Cepat Tua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun purata waktu tidur manusia adalah berbeza bagi setiap individu, namun secara kasarnya manusia memerlukan tujuh jam waktu tidur agar dapat menjalankan aktiviti siang dengan baik.

Untuk kanak-kanak pula, mereka mungkin memerlukan lebih waktu tidur berbanding orang dewasa.

Namun banyak faktor masakini antaranya kesibukan kerja atau jadual kerja yang tidak tetap serta komitmen terhadap perkara lain membuatkan manusia mula melanggar aturan tersebut.

Ramai yang mula mengabaikan penjagaan waktu tidurnya sehingga kurangnya waktu rehat.

Namun awas, kegagalan menjaga aturan tidur mungkin membuatkan anda lebih cepat tua.

Seorang pakar kulit Geoff Wright, mendedahkan badan manusia mempunyai ‘kiraannya jamnya’ dimana kulit akan mula melembap secara semula jadi bermula dari pukul 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari.

Manakala, waktu selepasnya iaitu dari jam 11 malam sehingga jam 3 pagi pula adalah waktu dimana sel kulit melalui proses penjanaan semula dan penutrisian badan.

Proses-proses ini hanya akan terjadi dengan baik ketika tubuh badan sedang berehat atau dalam erti kata lainnya, tidur.

Jika tidak berbuat sedemikian, proses penukar gantian kulit yang terjadi adalah sangat sedikit dan tidak optimum.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kulit anda kelihatan tua dan kusam seterusnya mempercepatkan penuaan wajah.

Adakah anda sanggup??

Mestilah tak bukan? Jadi ingat untuk elakkan perkara ini terjadi dan mempunyai kulit yang cantik dan berseri pastikan anda tidur awal sebelum jam 11 malam ok?

Kekal sihat dan kekal cantik!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.