fbpx
Now Reading
Akhirnya…Izara Aishah Tayang ‘Baby Bump’ di Instagram

Akhirnya…Izara Aishah Tayang ‘Baby Bump’ di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B60vIwFFlfk/

Baru-baru ini Izara Aishah telah mengumukan bahawa beliau hamil 6 bulan setelah selama enam bulan mendiamkan diri mengenai berita kehamilan.

BACA : Tahniah! Izara-aishah-hamil 6 bulan.

Sudah sekian lama Izara dan suaminya, Adib Khalid menantikan kedatangan cahaya mata. Malah ada sehingga yang tidak mempercayai kerana pelakon itu tidak pernah berkongsi foto yang menunjukkan dirinya sedang hamil 6 bulan.

Baru-baru ini, menerusi Instagram menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza itu, telah memuat naik video memaparkan perutnya yang semakin membesar.

Dijangka bakal menimang cahaya mata pada bulan April, Izara pada awalnya mengambil keputusan untuk merahsiakan mengenai kehamilannya kerana menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.

Semoga Izara dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan urusan bersalin. Nampaknya selepas ini bertambahlah cucu Tok Ti dan Datuk K.

Sumber : Izara Aisyah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.