fbpx
Now Reading
“Hye Guys!” – Zul Ariffin Kembali di Instagram Setelah Hampir Sebulan Menyepi

“Hye Guys!” – Zul Ariffin Kembali di Instagram Setelah Hampir Sebulan Menyepi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hangat dengan video lucah yang dikatakan mirip Zul Ariffin, beliau sebelum ini menutup akaun Instagram mungkin untuk mengelakkan topik tersebut mengganggu hidupnya.

Namun selepas hampir sebulan menyahaktifkan akaun Instagram, nampaknya pelakon kacak Zul Ariffin kembali ‘bersosial’ dengan membuka semula akaun media sosialnya itu.

Zul memuat naik foto wajahnya yang disolek menggunakan teknik khas bagi watak yang dilakonkan dalam  projek filem terbaharunya, Tablis Iblis beserta kapsyen, “2020 already, Hi guys.”

View this post on Instagram

2020 already?? Hi guys

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Terdahulu, pelbagai spekulasi dan persoalan timbul apabila Zul bertindak menutup akaun Instagramnya. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon bertubuh sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar.

Bagaimanapun, aktor itu tampil memberikan penjelasan dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’. Video berkenaan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan imejnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.