fbpx
Now Reading
Atlet OKU, Muhammad Ata Maut Dalam Kebakaran

Atlet OKU, Muhammad Ata Maut Dalam Kebakaran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/rasadibaradzi/posts/10156777292736088

Atlet angkat berat kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof maut dalam satu kebakaran di kediaman ibunya di Taman Pagoh Jaya.

Difahamkan Allahyarham yang bekerja di Kuala Lumpur pulang bercuti ke rumah ibunya di sini selama 5 hari dan ini merupakan hari terakhirnya tinggal di sana.

Muhammad Ata yang merupakan pemenang pingat gangsa kategori 55 kilogram di Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 2018 difahamkan ketika kejadian berada di dapur rumah berkenaan gagal menyelamatkan diri menyebabkan 80 peratus tubuhnya melecur.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Husaini Eddy Mustafa, mangsa ketika kejadian berseorangan kerana ibunya keluar ke kedai.

“Difahamkan semasa kejadian mangsa seorang diri kerana ibu mangsa keluar ke kedai,” kata Husaini Edy ketika dihubungi Awani.

Difahamkan pihak bomba menerima panggilan pada pukul 11.59 pagi sebelum mengerakkan lima anggota dari BBP Pagoh bersama 18 anggota dari BBP Muar.

Katanya, kebakaran di rumah berstruktur kekal berukuran 22 x 72 kaki itu bermula di bahagian dapur rumah tersebut yang sekali gus memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan kediaman itu.

Kebakaran kemudian berjaya dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Personaliti terkenal, Ras Adiba Radzi menerusi Facebookt turut merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.