fbpx
Now Reading
Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang Kebakaran Di Australia Yang Membunuh 500 Juta Haiwan

Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang Kebakaran Di Australia Yang Membunuh 500 Juta Haiwan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang sedia maklum yang Australia kini sedang berdepan depan kebakaran hutan paling dahsyat di negara itu. Sebahagian besar hutan di negara ini musnah sejak musim kebakaran yang bermula pada hujung Julai 2019.

Kerajaan Australia dengan bantuan dari beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat bertungkus lumus membendung kebakaran dari terus merebak. Namun beberapa faktor seperti perubahan iklim dan banyak lagi menyebabkan keadaan semakin bertambah buruk.

Musim Kebakaran

Australia sememangnya sering mengalami musim kebakaran, namun kadar kebakaran yang melanda negara berkenaan adalah lebih teruk dari biasa. Faktor utama keadaan semakin meruncing disebabkan keadaan cuaca dimana fenomena Indian Ocean Dipole yang menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering.

Kebakaran Merebak

Kebakaran difahamkan telah merebak ke selatan dan timur Australia menuju ke lokasi terletaknya majoriti populariti penduduk, antaranya Sydney dan Adelaide. New South Wales terkini, dilaporkan kebakaran telah meliputi empat juta hektar.

23 orang sudah terkorban dan kualiti udara yang begitu teruk

Setakat artikel ini ditulis 23 orang sudah terkorban, bagi New South Wales sahaja 1400 buah rumah hangus dijilat api.

Pada Disember yang lalu, kepulan asap yang sangat dahsyat direkodkan di Sydney dengan kualiti udara merekodkan 11 kali tahap ‘bahaya’. Kepulan asap tebal turut menyelubungi bandaraya besar Australia seperti Melbourne dan Sydney.

Populasi haiwan semakin terancam

Kawasan New South Wales adalah lokasi kebakaran yang paling terjejas dengan jangkaan kira-kira 500 juta haiwan telah terkorban di situ sahaja.

Dilaporkan 8,000 ekor koala bersamaan dengan satu pertiga dari jumlah koala yang terdapat di bandar tersebut telah terkorban. Manakala, sebanyak 30 peratus habitat koala turut musnah dalam kebakaran kali ini.

Mungkin berpanjangan

Walaupun hujan sudah mula menyirami Australia dan suhu juga difahamkan semakin menurun, namun pihak berkuasa Australia memberi amaran ‘gelombang’ kebakaran mungkin bakal berlaku sekali lagi. Suhu juga dijangka meningkat Khamis ini.

Keadaan langit bertukar menjadi kuning di beberapa kawasan sejak semalam dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal mencari tempat perlindungan. Kebanyakan penduduk berteduh di sekitar kawasan berhampiran pantai atas nasihat pihak berkuasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.