fbpx

Muat Naik Gambar Foto Mesta Dalam Kereta, Bella Astillah dan Alif Aziz Kembali Bersama?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Aliff Aziz mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa entri terbaru bersama bekas isterinya, pelakon Bella Astillah di ruangan Instagram (IG) story.

Menerusi perkongsian tersebut, Bella, 26, dilihat memakai pakaian berwarna hitam duduk di bahagian belakang kereta yang dipandu Aliff.

Bella juga tidak ketinggalan memuat naik satu IG Story merangkul erat lengan seorang lelaki yang dipercayai bekas suaminya, Aliff Aziz.

Di dalam IG Story Aliff, dia mengenakan t-shirt bewarna putih, sama seperti lelaki yang berada di dalam IG Story Bella. 

ADVERTISEMENTSCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Lebih menimbulkan spekulasi apabila Aliff, 29, telah memadam semua foto yang ada di dalam akaun IG miliknya.


Namun begitu, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran bahawa mereka akan kembali bersama.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Mohd Aydan Adrean, 3 tahun.

Pada Mei 2019, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas penyanyi lelaki itu didapati curang beberapa kali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.