fbpx
Now Reading
“Caption tak kena dengan gambar Noh” – Tunjuk Isyarat Lucah, Noh Salleh Ditegur Netizen

“Caption tak kena dengan gambar Noh” – Tunjuk Isyarat Lucah, Noh Salleh Ditegur Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini aksi Noh Hujan menunjukkan isyarat lucah jari tengah ketika bergambar dengan ahli kumpulan Hujan mengundang rasa kurang senang netizen. Tindakannya itu tidak sepadan dengan kapsyen yang ditulis iaitu kesyukuran kepada Tuhan.

Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh sebelum ini antara yang menjadi perhatian lebih-lebih lagi hijrahnya bersama isteri, Mizz Nina yang menjadi inspirasi ramai dan terkenal dengan misi-misi amal yang sering dilakukan bersama.

BACA : “Jika-bukan-kerana-mizz-nina-hidup-saya-mungkin-lebih-teruk”-Noh-Salleh

Rata-rata netizen meminta Noh agar menjaga adab dan perlakuannya kerana sebagai seorang selebriti dia seharusnya menunjukkan contoh baik lebih-lebih lagi ramai peminatnya dikalangan orang muda dan remaja.

Foto berkenaan yang menerima ribuan tanda suka kemudian dipadam kira-kira 3 petang semalam.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati penyanyi itu agar lebih menjaga tingkah laku dan akhlak kerana bimbang aksi seperti itu boleh mengundang fitnah. Apa pun diharap Noh akan lebih berhati-hati selepas ini setiap kali bergambar.

Noh yang dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai foto tersebut.

Dia mahu fokus kepada aktiviti kemanusiaan yang sedang disertainya di Lubnan ketika ini.

“Tak nak komen. Saya kini berada di Lubnan dan mengalami demam kerana cuaca di sini terlalu sejuk,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.