fbpx
Now Reading
Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Minta Maaf

Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Minta Maaf

Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Minta Maaf 1

Baru-baru ini nama Janna Nick menjadi sebutan apabila dia tanpa sengaja telah membahasakan Elly Mazlein dengan panggilan janda.

Perkara tersebut terjadi sewaktu Janna sedang mengumumkan berita yang pelakon dan penyanyi wanita terbabit bakal berkahwin sewaktu siaran lansung program Melodi.

Kesilapan Janna itu menyebabkan dia dihentam teruk malah ada yang menyifatkan kenyataannya itu biadap dan tidak menjaga sensitiviti.

Baca artikel berkaitan : Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Di Cop Biadap

Mengakui tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat Melodi dan sesetengah netizen, Janna Nick bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya.

Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Minta Maaf 3
Janna dan Awal yang bergandingan mengacarakan Melodi Foto: IG Janna Nick

Dia yang sebelum ini telah pun memohon maaf kepada Elly sejurus tamat rancangan turut berjanji akan lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan yang di masa mendatang.

“Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai,”

“Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.

See Also
Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum 2

“Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung,” katanya.

Janna turut tidak menyangka cubaannya untuk menjadikan program itu lebih panas, bersesuaian konsep baharu Melodi sempena 2020 mengheret dirinya dalam kecaman.

“Cubaan untuk episod pertama nampaknya tidak digemari, sekali gus menjadi peringatan buat saya supaya lebih berhati-hati.

“Saya berterima kasih kepada warganet kerana prihatin, malah menganggap teguran mereka sebagai peringatan supaya saya tidak terus leka. Tanpa teguran mereka, mungkin saya akan membuat kesilapan yang lebih besar” katanya yang mengendalikan rancangan Melodi bersama Awal Ashaari.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.