fbpx
Now Reading
Najib Razak Sedang Kaji dan Rujuk Kandungan Pendedahan Audio Oleh SPRM

Najib Razak Sedang Kaji dan Rujuk Kandungan Pendedahan Audio Oleh SPRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Najib Razak terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sembilan set rakaman percakapan didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

BACA : Ini-rakaman-audio-yang-didedahkan-SPRM-tentang-dakwaan-konspirasi-melibatkan-najib-razak-dan-beberapa-pihak-lain.

BH Online melaporkan susulan itu, Najib sedang mengkaji dan merujuk kandungan pendedahan berkenaan dengan peguamnya.

Hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memperdengarkan klip audio perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Antaranya, membabitkan rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal 1MDB kepada Najib pada 2016.

Najib berkata, beliau akan mengkaji dari segi undang-undang dan tindakan yang boleh diambil kerana beliau adalah ketua kerajaan ketika itu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa perkara berkenaan tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara ini, selain mempersoalkan pendedahan terbabit dibuat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.

Terdahulu, Latheefa pada sidang media di Putrajaya berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.

Latheefa berkata, perbincangan antara individu dalam rakaman itu menunjukkan wujud elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit kerajaan, cubaan memalsukan bukti dan ancaman keselamatan negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.