fbpx
Now Reading
Ariana Grande Berdepan Tindakan Saman RM 200,000 Hanya Kerana ‘Post’ Gambar Sendiri di Instagram

Ariana Grande Berdepan Tindakan Saman RM 200,000 Hanya Kerana ‘Post’ Gambar Sendiri di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ariana Grande bakal berdepan tindakan undang-undang selepas seorang jurugambar paparazi memfailkan saman sebanyak RM200,000 ke atas penyanyi berkenaan gara-gara memuat naik gambar dirinya di Instastory.

Ariana Grande yang sebelum ini pernah disaman paparazi sama pada tahun 2018 dikatakan gagal mengambil iktibar atas kesilapan lalu dengan memuat naik foto milik paparazi berkenaan tanpa kebenaran di media sosial.

Paparazi berkenaan, Robert Barbera dari New York mendakwa dia yang menyara hidupnya dengan hasil jualan gambar selebriti berdepan kerugian apabila Ariana menggunakan gambar miliknya secara percuma bagi mempromosi produk baju miliknya.

Perkara ini bagaimanapun menimbulkan kemarahan peminat Ariana yang menyifatkan ianya tidak adil buat penyanyi tersebut malah jurugambar terbabit yang seharusnya disaman kerana mengambil gambar selebriti berkenaan tanpa kebenaran

“Ariana Grande disaman kerana post gambar yang diambil paparazi itu? Dan kerana itu juga Ariana dituduh telah mencuri sebuah karya? Sepatutnya paparazi itu yang disaman kerana mengambil gambar Ariana tanpa kebenarannya!

“Hanya kerana Ariana post gambar sendiri boleh kena saman dengan jurugambar? Ini tidak adil,” luah seoraang lagi netizen.

Sebagai rekod, selain Ariana seorang lagi selebriti yang pernah berdepan perkara yang sama adalah Gigi Hadid yang disaman sebuah agensi kerana memuat naik gambar milik mereka di akaun Instagramnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.