fbpx
Now Reading
Netizen Gesa Henti Budaya Cium Bayi Orang Lain

Netizen Gesa Henti Budaya Cium Bayi Orang Lain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sering kali kita lihat di media sosial ibu-ibu yang mengadu anaknya sakit kerana dicium oleh orang lain. Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital dan ada juga meninggal dunia.

Namun perkara ini masih tidak dipandang berat oleh semua orang. Masih ada yang tidak peduli akan akibat mencium bayi yang baru lahir.

Pendapat ini diutarakan oleh seorang pengguna Twitter @AimanPsikologi dan mendapat komen positif daripada pengguna Twitter yang lain.

Kita dah masuk tahun 2020, Boleh tak kita hentikan budaya cium-cium bayi orang lain yang bukan anak kita sendiri?

Menerusi perkongsian @AimanPsikologi di akaun Twitter miliknya itu, dia tidak menggalakkan budaya mencium bayi orang lain.

Perkara tersebut boleh membawa kemungkinan bayi untuk terkena pelbagai jangkitan penyakit.

Berbeza dengan orang dewasa, bayi memiliki daya tahan tubuh yang lemah. Hal ini membuat tubuh bayi mudah terinfreksi dengan kuman dan virus.

Sememangnya kita akan geram bila melihat bayi dan rasa nak cium-cium. Tapi apabila bayi itu sakit, demam atau jangkitan sebab air liur kita, nak bertanggungjawab ke?

Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan budaya cium bayi orang lain tanpa memikirkan risiko kesihatan yang bakal diterima oleh bayi tersebut.

Apa pulak pendapat korang pasal perkara ni?

Sumber: Twitter AimanPsikologi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.