fbpx
Now Reading
Pelajar ‘Power Nap’ Selama 10 Minit, Tindakan Sekolah Ini Dapat Pujian Netizen

Pelajar ‘Power Nap’ Selama 10 Minit, Tindakan Sekolah Ini Dapat Pujian Netizen

Pelajar 'Power Nap' Selama 10 Minit, Tindakan Sekolah Ini Dapat Pujian Netizen 1

Pelajar sekolah sering kali mengalami masalah mengantuk dalam kelas. Mungkin in disebabkan aktviti harian mereka yg padat daripada awal pagi higga ke malam.

Sebenarnya salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan power nap.

Ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa ‘Power Nap’ ataupun tidur sekejap boleh memberikan banyak faedah dari pelbagai aspek, ‘power nap‘ juga penting bagi mengembalikan tenaga terutama di waktu siang.

Power nap ialah perlakuan tidur sekejap yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance‘. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari.

Bahkan bagi umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu asing kerana ia merupakan satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Buat umat Islam itu sendiri, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah sebelum waktu Zohor yang juga dinamakan Qailullah.

Banyak kajian menunjukkan bahawa tidur sekejap ini adalah sangat baik bukan sahaja untuk minda, fizikal bahkan dari sudut emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 10-20 minit sahaja.

Baru-baru ini viral di laman Facebook, sebuah sekolah di Sarawak yang mewajibkan pelajarnya untuk power nap

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 yang terletak di Sarawak itu telah menetapkan waktu khas bagi pelajarnya untuk tidur selama sepuluh minit demi merehatkan tubuh badan dan otak sebelum memulakan pelajaran seterusnya.

Image from fbcdn.net

Image via fbcdn.net

Menerusi laman Facebook sekolah terbabit, waktu yang ditetapkan untuk pelajarnya mendapatkan power nap ini adalah dari jam 11.25 pagi sehingga pukul 11.35 pagi.

Tambahannya lagi, tujuan utama aktiviti berkenaan dilakukan adalah bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah tersebut lebih bersedia dan segar untuk mengikuti kelas seterusnya.

See Also
Farahdhiya Tak Gemar Lelaki Dengan Fesyen Seluar Singkat 2

Ternyata perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian warga Internet yang mana rata-rata memuji dan menyokong tindakan SMK Julau No.2 itu

Ramai yang kagum dengan sekolah itu kerana mengamalkan amalan Nabi Muhammad SAW. Di samping itu terdapat juga guru-guru dalam kalangan warganet yang turut melakukan aktiviti sedemikian untuk pelajar masing-masing.

Antara komen menarik di laman Facebook:

Image from Facebook SMK Julau No. 2

Image via Facebook SMK Julau No. 2

Image from Facebook SMK Julau No. 2

Image via Facebook SMK Julau No. 2

Image from Facebook SMK Julau No. 2

Image via Facebook SMK Julau No. 2

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.