fbpx
Now Reading
“Sedapnya bahasa netizen…”- Datuk Seri Vida Kecewa Warna Kulit Anaknya Cik B Dihina

“Sedapnya bahasa netizen…”- Datuk Seri Vida Kecewa Warna Kulit Anaknya Cik B Dihina

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7FiCUJgBt2/

Mungkin kerana kebiasaannya media massa telah mempamerkan wanita berkulit putih itu cantik dan yang berwarna gelap itu pula tidak, netizen tidak teragak-agak untuk melemparkan hinaan kepada wanita yang berkulit gelap meskipun hanya seorang kanak-kanak.

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida kecewa apabila masih ada segelintir netizen yang terus mengecam dan menghina anak sulungnya, Cik B atau lebih nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14.



Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Menurutnya, selain menghina warna kulit, ada juga netizen yang tergamak memfitnah Cik B mengamalkan darah kambing hitam.

“Sedapnya bahasa netizen, sampai ada yang kata Cik B minum darah kambing hitam.

“Ada juga yang kutuk warna kulit Cik B, nak buat macam mana dia tak mahu. Dia nak kulit tan,” katanya di posting berkenaan.

Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut Vida bengang dengan kecaman yang dilemparkan kepada Cik B.

Kebanyakan mereka menganggap kutukan itu telah melampaui batas.
 
Walaubagaimanapun, tidak kurang juga ada pengikut di Instagram yang tampil memberikan kata-kata semangat terhadap Cik B dan Vida.
 
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.