fbpx
Now Reading
“Maafmu diterima dik” – Tindakan Syafie Naswip ‘Sekolahkan’ Gadis Ini Dapat Pujian

“Maafmu diterima dik” – Tindakan Syafie Naswip ‘Sekolahkan’ Gadis Ini Dapat Pujian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7OJ-Zan-ma/https://www.instagram.com/p/B7OWVHvHekp/

Kerana Tweet badan binasa, mungkin ini ayat yang sesuai diberikan kepada seorang gadis yang memuat naik Tweet berunsur fitnah kepada seorang pelakon, Syafie Naswip.

Semalam kecoh sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berhibur dipercayai di sebuah pusat hiburan menjadi viral di Twitter.

Video tersebut kemudian mengundang pelbagai spekulasi netizen sehingga terdapat seorang pengguna mendakwa melihat kelibat pelakon Syafie Naswip dalam entri berkenaan.

Bagaimanapun, komen yang dilontarkan pemilik akaun @AsyAhmd tersebut kemudian mendapat respons daripada aktor filem Mukhsin itu.

“Yang mana yang macam saya tu? Awak pernah rasa nak disaman atau dimalukan satu Malaysia tak?

“Kalau nak saya boleh bawak komen awak ni kerana memfitnah saya di media sosial,” tulis Syafie di Twitter.

Syafie kemudian dikatakan berang sebelum bertindak mendedahkan identiti individu berkenaan yang didakwa cuba memfitnah dirinya  di Instagram.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, individu berkenaan mengemukakan permohonan maaf menerusi satu rakaman video.

“Saya Aishah Safura, umur saya 21 tahun, saya buat video ini untuk meminta maaf kepada abang Syafie Naswip sebab saya dah tulis sesuatu buat abang Syafie terasa di laman sosial Twitter.

“Saya betul-betul minta maaf, saya tak fikir apa yang salah tulis. Apa yang saya tulis itu sama sekali tak betul, dalam video itu tak ada langsung wajah abang Syafie, saya betul-betul minta maaf, saya janji tak buat lagi,” kata Aishah menerusi video yang dimuat naik sendiri oleh Syafie.

Dalam pada itu, Syafie turut mengingatkan agar orang ramai mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.

“Maafmu diterima dik. Cuma jangan buat lagi. Jadikan pengajaran bukan untuk adik seorang tetapi untuk semua agar berhati-hati ketika menulis di media sosial,” pesan pelakon filem Polis EVO 2 itu.

Tindakan Syafie itu kemudian turut menerima pujian daripada pengikutnya yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pemaaf yang patut dijadikan contoh.



“Alhamdullilah besar pahala kamu Ayie. Syukur kerana punyai hati yang sejuk dan terima kekurangan orang,” komen pengarah Eyra Rahman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.