fbpx
Now Reading
“Saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai” – Noor Nabila

“Saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai” – Noor Nabila

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kemelut rumah tangga pasangan ini masih tiada kesudahan apabila Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya Noor Nabila kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina selama dua tahun.

Bagaimanapun, Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan suaminya sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. Kata Nabila lagi, dia sudah tawar hati dan sepatutnya proses perceraian boleh selesai dengan cepat.

“Proses perceraian ini sudah berlangsung hampir setahun, saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai. Saya sendiri tak nak teruskan.

“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan sekiranya Sharnaaz melafazkan cerai tapi disebabkan proses ini masih berlangsung, perceraian tidak dapat diteruskan.

“Seharusnya, kedua-dua belah pihak boleh faham yang kita boleh ‘move on’ meneruskan hidup masing-masing dan memberikan fokus kepada anak.

“Sharnaaz mempunyai kehidupan sendiri, saya juga sama. Saya sudah tawar hati, ada baiknya jika perkara ini tidak dipanjangkan dan kita berikan tumpuan untuk membesarkan anak tanpa sebarang rasa yang tersimpan,” katanya kepada Astro Gempak.

Difahamkan, pasangan itu hari ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk proses prosiding perceraian mereka.

Sementara itu, Sharnaaz yang ditemui di luar kompleks mahkamah enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Mahkamah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.