fbpx
Now Reading
Terpaksa Menggadai Nyawa, Pelajar di Pendalaman Sabah Lalu Batang Paip Harungi Sungai Balik Dari Sekolah

Terpaksa Menggadai Nyawa, Pelajar di Pendalaman Sabah Lalu Batang Paip Harungi Sungai Balik Dari Sekolah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dikala ibu bapa memuat naik ragam anak anak yang menangis apabila dihantar sekolah, masih ada rakyat Malaysia yang bersusah payah untuk pergi ke sekolah seperti meredah sungai demi menuntut ilmu.

Hal tersebut kerap terjadi di kawasan pedalaman terutamanya di daerah-daerah kurang membangun di Sabah.

Apa tidaknya, masih ramai anak-anak bangsa yang terpaksa menggadai nyawa demi menuntut ilmu di sekolah. Perkongsian gambar daripada Evyline Lynz Blacklynz betul-betul mengundang sebak apabila terlihat murid sekolah meniti batang paip mengharungi sungai deras di Sabah.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Muhang, Kota Merudu apabila berlakunya hujan lebat di kawasan tersebut. Risiko mereka tergelincir ataupun dihanyut arus deras amat besar kerana paip tempat mereka pijak agak licin ketika hujan.

Muat naik yang dibuat oleh pengguna Facebook itu sudah menjangkau hampir 2 ribu lebih perkongsian semula dan mendapat pelbagai respon daripada umum.

Rata-rata berasa sedih apabila melihat gambar-gambar tersebut kerana hiba melihat kesanggupan mereka meredah kesusahan demi mencari ilmu walaupun terpaksa mengambil risiko terhadap keselamatan diri.

Sumber : Evyline Lynz Blacklynz

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.