fbpx
Now Reading
Idea Straw Serai Jadi ‘Bahan’ , Akhirnya Kementerian Kesihatan Buka Mulut

Idea Straw Serai Jadi ‘Bahan’ , Akhirnya Kementerian Kesihatan Buka Mulut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laman media sosial menjadi gamit ekoran timbulnya cadangan menggunakan serai bagi menggantikan straw atau penyedut minuman jenis plastik.

Rabu lalu, media melaporkan Pengerusi KADA, Datuk Husam Musa mengumumkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman yang telah pun di wajibkan di kafe milik KADA ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan plastik.

Cadangan yang diutarakan dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagaimanapun tidak dipersetujui ramai pihak, malah telah menjadi bahan kecaman dan usikan oleh ramai netizen.

Foto Via Astro gempak

Baca artikel berkaitan : Tak perlu plastik, guna serai pun boleh

Terkini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital adalah tidak wajib.

Foto : changkrankhmer

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada operator kantin dan kafe jika mendapati ia praktikal serta ekonomi.

“Banyak pilihan penyedut minuman, ada diperbuat daripada jagung atau kertas. Terpulang kepada operator kantin dan kafe.
 
“Bagaimanapun, ini cadangan yang baik jika ia tidak membebankan dari segi kos kepada operator kantin dan kafe serta ia praktikal, amat digalakkan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.