fbpx
Now Reading
Wartawan The Telegraph Mohon Maaf Kritik Nasi Lemak Selepas Diserang Netizen Malaysia

Wartawan The Telegraph Mohon Maaf Kritik Nasi Lemak Selepas Diserang Netizen Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam gamat di Twitter apabila wartawan The Telegraphy Katie Morley mengkritik nasi lemak sebagai makanan paling teruk pernah di makannya di dalam pesawat penerbangan.

Difahamkan Morley menaiki penerbangan British Airways dalam satu penerbangan panjang iaitu 13 jam pulang ke negara asalnya England. Wartawan ini kemudiannya dihidangkan nasi lemak sebagai hidangan didalam penerbangan.

Merasakan makanan tersebut adalah makan paling teruk pernah di makan olehnya sepanjang menaiki penerbangan, dia kemudiannya memuat naik status di Twitter mengkritik nasi lemak berkenaan.

Tindakannya ini menimbulkan rasa tidak puas hati netizen Malaysia menyebabkan ramai mereka menyerang akaun Twitternya menjelaskan apa sebenarnya nasi lemak. Malah ramai enganggap Morley tidak peka serta sensitif dengan makanan kegemaran masyarakat di Asia

“Kari ayam dengan telur rebus, ikan bilis berlendir. Kebiasaan saya menyukai makanan dalam pesawat, tetapi ini adalah 0/10,” tweetnya .

Namun tidak sampai sehari, selepas mendapat kecaman hebat di media sosial Katie Morley akhirnya memohon maaf.

Menurut wartawan itu , dia langsung tidak berniat untuk memperkecilkan atau menghina nasi lemak yang dianggap hidangan kebangsaan Malaysia.

Sebaliknya, dia memberi penilaian hanyakah berpandukan cara hidangan itu disediakan dalam penerbangan BA yang dinaikinya sahaja.

“Ramai rakyat Malaysia menghubungi saya dan memberitahu nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan yang popular. 

“Saya tidak pernah merasai masakan itu sebelum ini dan tidak berniat menghina mana-mana pihak.

“Seperti yang telah dinyatakan, saya telah dihidangkan dengan versi yang kurang baik oleh BA. 

“Saya pasti ianya sedap dan berharap akan dapat mencuba rasa yang sebenar satu hari nanti!” tulisnya menutup status Twitternya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.