fbpx
Now Reading
“Besar Pahala Insan Yang Bina” – Tempat Solat Wakaf Di Tengah Lautan Undang Perhatian Ramai [Video]

“Besar Pahala Insan Yang Bina” – Tempat Solat Wakaf Di Tengah Lautan Undang Perhatian Ramai [Video]

Sebaik pemilik video mendekati pondok usang tersebut, terdapat papan tanda yang tertera tulisan ‘wakaf singgah solat, anda dijemput singgah solat di sini’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, di Malaysia terdapat banyak masjid dan surau awam dibina untuk kemudahan umat Islam di negara ini mendirikan solat.

Maka tidak hairanlah, jika di kawasan perkampungan dan pedalaman juga terdapat surau atau musala yang dibina untuk umat Islam.

Tular kawasan solat di tengah lautan

Bagaimanapun, siapa menyangka di sebuah kawasan di tengah lautan terdapat tempat ibadah kecil yang dibina dipercayai untuk kemudahan para nelayan solat semasa sedang mencari rezeki.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zulihsan24432, kelihatan satu rumah kayu kecil di tengah-tengah kawasan lautan.

Berdasarkan video terbabit, dapat dilihat rumah kayu itu masih berdiri teguh meskipun ia kelihatan agak usang.

Pondok usang rupanya wakaf singgah solat

Ketika pemilik video mendekati pondok usang tersebut, terdapat papan tanda yang tertera tulisan ‘wakaf singgah solat, anda dijemput singgah solat di sini’.

Susulan itu, lelaki terbabit menganggap rumah kayu itu merupakan surau yang dibina oleh seseorang bagi memudahkan solat.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menyatakan secara terperinci mengenai surau tersebut dan di manakah lokasinya.

Video tular berkenaan meraih perhatian netizen sekali gus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang melihatnya.

@zulihsan24434

“Barangsiapa membangun masjid kerana Allah sebesar sarang burung atau lebih kecil, Maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga.” (Sunan Ibn Majah) #rumahallah #masjidsurau #kewajipansolat #jangantinggalsolat #alhamdulillah

♬ suono originale – Ale

Netizen beri pujian kepada individu yang membina pondok tersebut

Memindai ke ruangan komen, ada pengguna TikTok yang mendakwa lokasi surau di tengah laut itu terletak di Pulau Pinang dan ada juga yang mengatakan ia berada di Bagan Tiang, Perak.

Kebanyakan netizen juga memberi pujian terhadap individu yang membina surau berkenaan kerana berhati mulia memudahkan urusan para nelayan dan orang ramai yang berada di tengah lautan untuk menunaikan kewajipan solat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.