Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Ikan keli merupakan antara spesies ikan air tawar yang menjadi kegemaran kebanyakan individu. Ini kerana ia enak apabila dinikmati walaupun dimasak dalam pelbagai menu.

Selain menjadi hidangan kegemaran segelintir rakyat Malaysia, ikan keli turut dijadikan sebagai haiwan dalam upacara ritual sesebuah agama.

Oleh itu, disebabkan permintaan yang tinggi, ada peniaga yang mengambil inisiatif untuk menternak haiwan tersebut.

Namun, ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melepaskan ikan ini khususnya dari spesies keli afrika ke perairan umum yang dilihat boleh mengancam habitat ikan-ikan yang lain.

Individu Lepas 10,000 Anak Ikan Keli

Terbaharu, menerusi kumpulan Facebook Tanjung Malim Kini, tular satu hantaran yang mendakwa sedang berlaku kegiatan melepaskan 10,000 anak ikan keli di Sungai Hulu Bernam, Tanjung Malim, Perak.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan video dan gambar yang menunjukkan beberapa individu sedang melepaskan anak ikan keli.

Malah, turut terdapat beberapa plastik mengandungi haiwan tersebut yang dipercayai dibawa oleh individu berkenaan dan akan dilepaskan ke dalam sungai itu.

Foto: Facebook Kumpulan Tanjung Malim Kini

Netizen Mohon Pihak Berwajib Jalankan Siasatan

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan individu terbabit.

Walaupun hantaran tidak dinyatakan spesies ikan keli yang dilepaskan, namun ia tetap mengundang kerisauan warganet.

Bagi mereka, jika benar ia adalah keli import, perbuatan itu adalah sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh mengancam dan menganggu habitat spesies ikan lain yang tinggal di sungai itu.

Malah, ada segelintir daripada mereka memohon agar pihak berwajib seperti Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyiasat tindakan individu berkenaan.

Sekadar info, Jabatan Perikanan Malaysia sebelum ini pernah mengeluarkan senarai ikan bukan asli yang tidak boleh dilepaskan ke perairan umum.

Selain ikan Keli Afrika, ikan Tilapia, ikan Pacu atau Bawal Merah, Salmon dan Peacock Bass merupakan antara spesies yang turut tersenarai sebagai ikan bukan asli yang dilarang untuk dilepaskan ke perairan umum.

NOTIS HEBAHAN AWAM LARANGAN MELEPASKAN IKAN BUKAN ASLI KE PERAIRAN UMUM Jabatan Perikanan Malaysia ingin memberitahu…

Posted by Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) on Friday 23 July 2021

Berikut antara komen warganet:

“Jabatan Perikanan Malaysia, Sila Ambil Tindakan”

“Agak-Agaklah Ikan Keli Lepaskan Dekat Sungai, Confirm Keli Afrika Tu”

“Benih Keli Apa Yang Dilepaskan Tu? Kalau Ikan Keli Afrika, Melingkuplah Ekosistem Sungai Tu”

“Sungai Hulu Bernam Tu Masih Banyak Ikan Tempatan, Jangan Rosak Biodiversiti”

“Buat Apalah Dilepaskan Ikan Perosak Sistem”

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Untuk Makan, Wanita Beli Lobster RM1,003 Di Restoran Mewah Untuk Dilepaskan Ke Laut

Baca Artikel Berkaitan: Jabatan Perikanan Selar Tindakan Sekumpulan Lelaki Guna ‘Bom’ Tangkap Ikan

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

23 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago