fbpx
Now Reading
Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari itu merupakan hari Sabtu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan individu, tidur merupakan salah satu cara untuk merehatkan diri setelah penat melakukan kerja seharian.

Bagi sesetengah orang, ada yang memilih untuk mengambil ‘power nap’ pada waktu siang. Namun jika terlampau penat, seseorang itu memilih untuk tidur pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

Apabila menyebut tentang tidur siang, pasti anda pernah terdengar nasihat orang dahulu yang melarang tidur selepas waktu Asar. Ini kerana perbuatan tersebut didakwa boleh menganggu kesihatan mental.

Malah, jika anda terlajak tidur selepas waktu tersebut, ia dikatakan boleh menimbulkan rasa keliru dalam diri.

Kanak-Kanak Bersiap Pergi Sekolah

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @_najihahzahid, dia berkongsi saat anak perempuannya bersiap untuk pergi ke sekolah gara-gara tidur selepas waktu Asar.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan anak sulungnya yang bernama Aya Sofea sedang mengemas barang-barang untuk pergi ke sekolah.

Apa yang menghiburkan adalah kanak-kanak berusia enam tahun itu telah bersiap dan lengkap berpakaian pada jam 6.50 petang.

Malah, dia juga turut menganggap hari berkenaan merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan pada ketika itu merupakan hari Sabtu.

Menerusi video tersebut, kedengaran ibunya turut memuji anak kesayangannya itu yang pandai menyiapkan diri sendiri untuk ke sekolah.

Termenung Seolah-Olah Keliru

Terhibur dengan keletah anaknya, Najiha sempat menitipkan nasihat umum agar perkara yang sama tidak berulang.

“Anak-anak, sebab itulah emak-emak tak bagi tidur Maghrib. Inilah kejadiannya, pukul 6.50 petang di hari Sabtu.

“Di hari Sabtu yang mulia ini, 6.50 petang, Aya Sofea dah siap nak pergi sekolah dah hampa (korang),” kata ibunya.

Apa yang turut menjadi perhatian adalah kanak-kanak perempuan itu dilihat keliru dan termenung seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Menurut Najiha, kejadian lucu itu berlaku pada petang Sabtu (11 Mei) sewaktu kanak-kanak tersebut dan adiknya tidur di waktu petang.

Malah, ketiadaan suaminya pada ketika itu turut menjadi penyebab anaknya bertindak sedemikian di mana dia berfikir bapanya itu telah keluar bekerja.

Warganet Terhibur & Kongsi Pengalaman Sama

Video yang telah mendapat lebih 87 ribu tontonan nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka terhibur dengan gelagat kanak-kanak comel berkenaan.

Malah, kebanyakannya turut berkongsi pengalaman yang sama apabila tertidur selepas waktu Asar.

Ada juga segelintir yang turut memuji kanak-kanak berkenaan yang pandai menyiapkan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sekadar info, berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada hadis sahih yang melarang tidur selepas waktu Asar.

Namun, sekiranya perbuatan itu boleh menghilangkan akal berdasarkan tajrubah dan mendatangkan kemudaratan kepada diri maka perbuatan ini mestilah dijauhi.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan.

Berikut antara komen warganet:

Aku Pernah Kena, Kakak Aku Biarkan Aku Bersiap Sampai Naik Basikal

Adik Aku Bersiap Pergi Sekolah Menegah Pukul 12 Tengah Malam

Pandainya Dia Siap Sendiri

Bukan Kata Budak, Saya Yang Dah 23 Tahun Ni Pernah Jadi Hari Tu

Ibunya Tenang Je Tanya Anak, Kalau Saya Gelak Dulu

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Seronok Pergi Sekolah, Murid Darjah 1 Sampai Menangis Tak Nak Balik Rumah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Baik Ayah Glamour”- Shahrol Shiro Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.