fbpx
Now Reading
Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, durian merupakan antara buah-buahan tempatan yang paling popular dan digemari ramai.

Bahkan, kebanyakan pelancong-pelancong luar negara yang datang ke Malaysia turut meletakkan durian di dalam senarai ‘wish list’ makanan yang perlu dicuba.

Bagaimanapun, ternyata masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa bunga yang terhasil daripada pokok durian boleh dimakan.

Tular lelaki tunjuk proses ambil dan masak bunga durian

Perkara itu mula diketahui ramai selepas seorang lelaki menunjukkan proses memasak bunga durian.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @alexjee1419, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Alex itu mengutip sebahagian bunga durian yang telah gugur daripada pokok.

Asingkan bahagian yang boleh dan tak boleh dimakan

Selepas itu, Alex mengasingkan beberapa bahagian bunga durian yang tidak boleh dimakan sebelum mencucinya dengan air.

Menurutnya, bahagian seakan tangkai bunga durian itu sebaiknya direbus dahulu untuk menghilangkan lendiran yang ada sebelum digoreng.

Bunga durian yang sudah dimasak itu kemudiannya boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi panas.

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

@alexjee1419

Replying to @davindallen3 my favorite bunga durian goreng udang kering serbuk kari… 😋😋😋 #bungadurian #masakbungadurian #kebundurian #bungaduriangorengserbukkari

♬ Ukulele 10 minutes Promenade Warm and peaceful(1114935) – Aruma

Ramai netizen tak tahu bunga durian sebenarnya boleh dimakan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut kerana baru mengetahui bahawa bunga durian boleh di makan.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut kerana baru mengetahui bahawa bunga durian boleh dimakan.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga meluahkan ingin tahu rasa bunga durian memandangkan ia kelihatan sedap selepas dimasak.

Sekadar info, pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara satu hingga tiga bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan selepas ia mencapai peringkat matang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.